Saturday, October 24, 2009

New Post dari sidang redaksi slurpi79

Salam,

Saya dalam proses membuat fragmen novel untuk keluaran sulung di dalam blog ini. Nantikan kemunculan sulung saya dalam masa terdekat ini

Sunday, March 22, 2009

Benarkah Iskandar bukan Zulkarnain

Salam...

Baru habis baca buku mengenai Iskandar Zulkarnain. Tajuk aje dah semacam. "Benarkah Iskandar Bukan Zulkarnain". Dari muda lagi aku baca mengenai Raja Iskandar @ Alexander (yelah coz nick aku Azli Iskandar - tu yang timbul minat tu), punyalah syok sebab ingat Iskandar ni adalah raja yang disebut dalam Al-Quran surah Al-Kahfi. Rerupanya, bukan baginda yang dimaksudkan. Malah Raja Iskandar dicop sebagai seorang raja yang zalim kerana terlalu banyak menumpahkan darah manusia dalam setiap perang yang dilancarkan dalam misi menawan seluruh kerajaan dalam dunia ini.



Zulkarnain yang dimaksudkan adalah Raja Kurush ( Cyrus the Great) - http://en.wikipedia.org/wiki/Cyrus_the_Great- , adalah raja yang dimaksudkan, yang menawan kerajaan Babylon tanpa pembunuhan, membina tembok - http://www.archaeology.org/0807/galleries/daghestan/ - penghalang daripada serangan Yakjuj dan Makjuj (Gog and Magog - yang dikisahkan akan memusnahkan dunia ini bila kiamat berlaku) dan yang menguasai kerajaan Timur dan Barat 4ooo tahun dahulu. Bagindalah raja segala manusia selepas Raja (Nabi) Sulaiman dan yang menguasai sebesar kerajaan. Baginda juga adalah seorang raja yang beriman kepada Allah ( berbanding Raja Iskandar yang menganut pegangan Yunani - pemuja dewa) sehingga menghasilkan Skroll yang paling bernilai iaitu Cyrus Cylinder.

Sejarah tidak pernah berdusta mengenai apa yang telah berlaku. Satu fakta yang amat memeranjatkan yang disebut dikahir buku ini adalah mengenai kedudukan raja-raja Melayu dari susur galurnya yang dikatakan berasal dari turunnya dewa di Bukit Siguntang...sangat memeranjatkan.

Buku ini ditulis oleh Afareez Abd Razak, seorang pensyarah Universiti Malaya. Malah karya ini didokumenasikan dalam bentuk filem dokumentari yang disiarkan oleh Astro Oasis. Sangat mengujakan bila telah lama tidak membaca buku-buku bersifat seperti ini.


Wassalam

Friday, March 6, 2009

Please, dont kill me....

"Please dont kill me, please...i'm pregnant"

Agaknya itulah rayuan terakhir Altantuya, ibu kepada dua anak, dan sedang mengandungkan anak lagi bilamana anggota polis berpangkat Cif Inspektor itu menembaknya tanpa belas kasihan di tengah malam di tepi hutan. Mayat yang telah dibalut dengan beg plastik hitam kemudian diltupkan dengan menggunakan bom C4.

Ala mafia..teringat kisah The Good Fellas lakonan mantap Robert De Niro tatkala membunuh sahabat sendiri dengan meletupkan kereta sahabat itu dengan bom C4 juga. Tapi yang ini dibuat oleh kambing hitam. Siapalah gembalanya....

Artikel yang kembali memarakkan kes ini terbitan liberation dari Perancis : http://www.liberation.fr/monde/0101472912-un-cadavre-tres-derangeant

Kalau tak fahambahasa Perancis, baca aje kat :
http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=3194&mode=thread&order=0&thold=0

Saturday, January 17, 2009

Orang di Kubur Pun Marah

Aku baru saja balik dari bercuti di kampung (Sandakan, Sabah) bila abang aku cerita ada tanah runtuh berlaku di kawasan perkuburan Islam, Kg. Sim-sim, jalan Pantai, Sandakan (berita boleh baca di sini :- http://www.newsabahtimes.com.my/nstweb/fullstory/24915).

Abang aku cakap, kubur-kubur yang baru saja berisi, terbukak balik. Dia bilang, ada berlaku gelinciran air bawah tanah macam yang berlaku di Bukit Antarabangsa tu. Kalau fikir pelik, memang pelik. Bukan nya buat banglo atas bukit, kuburan...yang seram pulak, mayat yang dah balut tercampak ke jalan. Tak terbayang aku.

Tapi itulah yang jadi. Bila ingat pasal politik, ingat pengundi hantu, ada kaitan pulak pasal kes ni. Apa hal kalau yang dah mati, masih boleh mengundi. Bengkali mayat-mayat ni nak buat protes macam perhimpunan Bersih tahun lepas. Mengembang bulu roma ku...

Astagfirullah-HalAzim. Mengucap bang...

Salam Kuala Terengganu, Salam Kemenangan. Takziah yang kalah, are kici, Pooooooraaaahhhhhh

Tahniah rakyat Kuala Terengganu - dapat MP baru
Tahniah YB Abdul Wahid - naik pangkat ke parlimen
Tahniah PR - tambah satu lagi kerusi
Tahniah ! Tahniah ! Tahniah!

Tapi aku tak lupa juga nak ucap takziah pada:-
BN yang kurang satu lagi kerusi
Wan Farid yang kalah bertanding MP
Orang dah cakap, orang dah bilang. Kamu ni ndak faham-faham. BN kalah sejak bulan Mac 2008 lagi ba.